Xi Tekankan Pola Pembangunan Baharu

2020-11-15 15:40:45  CRI
Share with:

Xi Tekankan Pola Pembangunan Baharu

Presiden Xi Jinping mengadakan lawatan ke provinsi Jiangsu pada 12 dan 13 November lalu.

Antara yang menjadi tumpuan dalam agenda tinjauan beliau termasuk perlindungan ekologi dan warisan budaya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pola pembangunan baharu perlu dibentuk dengan memegang konsep pembangunan baharu, sementara usaha perlindungan ekologi perlu dititikberatkan demi memastikan perkembangan sosioekonomi yang berkualiti tinggi dan mampan.

Xi Tekankan Pola Pembangunan Baharu

Ketika meninjau daerah Wushan di bandar Nantong, beliau memuji usaha memulihara ekologi yang berjaya membawa perubahan besar kepada alam sekitar tempatan.

Xi Tekankan Pola Pembangunan Baharu

Di bandar Yangzhou pula, beliau mengadakan tinjauan terhadap perlindungan alam sekitar sepanjang aliran Terusan Besar dan projek pengaliran air dari selatan ke utara.

Xi Tekankan Pola Pembangunan Baharu

Beliau menuntut supaya usaha memajukan tamadun ekologi digandakan kerana ia berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat.

张哲