Xi: Berganding Bahu Perhebat Kerjasama

2020-11-18 13:40:01  CRI
Share with:

Xi: Berganding Bahu Perhebat Kerjasama

Negara anggota BRICS disarankan mempertahankan amalan multilateralisme, membentuk sinergi, mengekalkan pelaksanaan dasar yang terbuka dan inovatif, mengutamakan kepentingan rakyat, menjalani kehidupan yang berorientasikan rendah karbon, saling membantu dalam usaha melawan pandemik COVID-19 dan berganding bahu untuk memperhebat kerjasama.

Xi: Berganding Bahu Perhebat Kerjasama

Presiden China Xi Jinping berkata demikian dalam ucapannya pada Pertemuan Ke-12 Pemimpin Negara-negara BRICS yang diadakan secara maya malam semalam.

Menurut Presiden Xi, gerakan anti-globalisasi dengan dalih penularan wabak akan menjejaskan kepentingan bersama pelbagai negara. Dengan ini, ekonomi global yang terbuka perlu dibangunkan dan persekitaran perniagaan yang terbuka, adil, saksama dan tanpa diskriminasi perlu diwujudkan. China merancang untuk membina pangkalan inovasi perkongsian revolusi perindustrian baharu BRICS di bandar Xiamen provinsi Fujian dan berharap negara anggota BRICS menyokong “Inisiatif Keselamatan Data-data Global” yang dikemukakan pihak China.

Presiden Xi menegaskan, pintu negara China yang sudah terbuka mustahil ditutup, sebaliknya akan menjadi makin terbuka. Serentak itu, China akan lebih aktif meningkatkan penglibatan dalam pasaran sejagat, dan lebih inisiatif memperincikan kerjasama dengan luar supaya dapat mencipta lebih banyak peluang dan ruang kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi dunia.

Xi: Berganding Bahu Perhebat Kerjasama

Pertemuan yang dipengerusikan oleh Presdien Rusia, Vladimir Putin ini turut diserikan dengan kehadiran Presdien China, Xi Jinping, Perdana Menteri India Narendra Modi, Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa dan Presiden Brazil Jair Bolsonaro, sebelum Deklarasi Moskow BRICS diluluskan.

Pemimpin kelima-lima negara tersebut sebulat suara berpendapat akan meningkatkan kerjasama untuk membangunkan vaksin dan ubat-ubatan  bagi membendung wabak, berusaha mendorong pemulihan dan pertumbuhan ekonomi sejagat, memperkasakan kerjasama pragmatik dalam sektor perdagangan dan pelaburan, inovasi sains dan teknologi, anti-keganasan dan keselamatan siber, menyelesaikan perselisihan secara damai, menyempurnakan tadbir urus sejagat dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

吕清