Xi Berucap Dalam Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC Ke-27

2020-11-20 22:21:43  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ke-27 yang diadakan secara maya malam tadi dan menyampaikan ucapan yang penting.

Xi menyatakan, dunia dan rantau Asia Pasifik sedang mengalami reformasi yang mendalam. Apa jalan yang terpilih dalam kerjasama Asia Pasifik untuk masa depan berkait rapat dengan pembangunan rantau ini, kesejahteraan rakyat dan masa depan dunia.

Xi menunjukkan, salah satu tugas yang penting bagi APEC pada tahun ini adalah memulakan visi kerjasama selepas tahun 2020, sehubungan itu kita telah mencapai matlamat untuk bersama-sama membina komuniti Asia Pasifik. Kita akan menjadikan ini sebagai titik tolak baharu untuk memulakan tahap baharu kerjasama Asia Pasifik, bersama-sama membentuk komuniti berkongsi nasib yang terbuka, inklusif, bertumbuh dengan inovatif, salinghubung, kerjasama dan menang-menang.

Rantau Asia Pasifik perlu memelihara dengan teguh kedamaian, kestaiblan dan amalan multilateralisme, mengekalkan pembangunan ekonomi dunia yang terbuka, menyokong sistem perdagangan multilateral yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), menggalakkan perdagangan dan pelaburan yang bebas dan terbuka, memandu globalisasi ekonomi berkembang ke arah yang lebih terbuka, inklusif, untuk manfaat umum, seimbang dan menang-menang.

曹捷