Xi Ucap Tahniah Persidangan “Fahami China” 2020

2020-11-21 13:46:41  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena perasmian Persidangan “Fahami China” 2020 (Understanding China) di Guangzhou semalam.

Beliau berkata, umat manusia terbukti komuniti berkongsi suka duka bersama-sama berikutan perubahan situasi yang drastik di dunia ini seperti pandemik COVID-19 yang tercetus di luar jangkaan. Beliau menyarankan kerjasama antarabangsa diperkasakan untuk mengharungi detik sukar ini.

Dalam surat itu, Presiden Xi juga memperkenalkan bahawa sasaran pembangunan masyarakat makmur sederhana dan pembasmian kemiskinan akan tercapai di China tidak lama lagi dan fasa perkembangan baharu bagi usaha pembangunan modenisasi negara sosialis ini akan dimulakan pada tahun depan. Dengan ini, beliau menyatakan harapan agar pertukaran dan kerjasama dapat ditingkatkan antara China dengan negara lain, selain kebijaksanaan dan tenaga dapat disumbangkan bagi pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan.

Persidangan “Fahami China” telah berjaya diadakan sebanyak empat kali pada masa lalu. Persidangan yang diadakan secara maya dan juga secara fizikal pada tahun ini menarik penyertaan lebih 600

张宪