Wawasan Baharu APEC, Penggerak Baharu Pertumbuhan Ekonomi

2020-11-21 13:54:38  CRI
Share with:

Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-27 yang diadakan secara maya semalam telah mengumumkan tercapainya “Matlamat-matlamat Bogor” (Bogor Goals) dan meluluskan “Wawasan Putrajaya APEC 2040”.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Yang Zhengwei menyatakan, komitmen menyokong mekanisme perdagangan multilateral untuk jangka masa panjang, keazaman mendorong integrasi serantau dan keistimewaan ekonomi digital yang berkembang makmur kini terkandung dalam Wawasan tersebut yang dipercayai akan menjadi penggerak baharu bagi pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik.

“Matlamat Bogor” yang ditetapkan oleh para pemimin dalam Sidang Kemuncak APEC yang diadakan di Bogor, Indonesia pada 1994, menuntut negara anggotanya merealisasikan kebebasan perdagangan dan pelaburan menjelang 2010 bagi negara maju dan menjelang 2020 bagi negara membangun.

Yang berkata, hasil yang menonjol kelihatan tercapai dalam usaha meningkatkan kebebasan dan pemudahan pelaburan perdagangan rantau Asia Pasifik dalam 26 tahun lalu. Menurut beliau, pelaburan perdagangan berkembang pesat dengan meningkat 5 kali ganda, manakala pelaburan dua hala pula meningkat 12 kali ganda.

Tarif purata rantau ini telah berkurangan dari 13.9% ke 5.2%.

Beliau berkata, China menyumbang besar sepanjang pencapaian “Matlamat-matlamat Bogor”, terbukti dengan tarif puratanya yang telah menurun hingga 7.5% dari 23.6% pada asalnya, perdagangan perkhidmatan yang semakin terbuka, akses kemasukan pelaburan asing yang semakin mudah, dan produk-produk awam yang tersedia seperti ekspo import yang berperanan sebagai pendorong perdagangan antarabangsa.

张宪