BFA Siar Laporan Inovasi

2020-12-03 11:40:17  CRI
Share with:

BFA Siar Laporan Inovasi

Pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah mencapai kepada tahap praktikal dalam pelbagai sektor dan industri, kata Laporan Inovasi 2020 Forum Asia Boao (BFA).

Laporan yang dikeluarkan di Beijing semalam berbunyi, lima buah negara antaranya China, Korea Selatan, Jepun, India dan Singapura selangkah lebih maju dalam sektor inovasi AI.

Pengerusi Lembaga BFA, Ban Ki-moon dan Naib Pengerusi Zhou Xiaochuan sependapat bahawa inovasi menjadi dorongan kepada pertumbuhan Asia pada masa hadapan. Oleh itu, Asia perlu mengoptimumkan peluang untuk merealisasikan lonjakan dalam pembangunan.

BFA Siar Laporan Inovasi

Setiausaha Agung BFA, Li Baodong menyifatkan pemeteraian perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) sebagai hasil signifikan dalam proses integrasi ekonomi Asia, yang menampakkan semangat negara-negara melakukan inovasi dan keterbukaan serta iltizam untuk memajukan teknologi dan kolaborasi rantau.

董筱娉