China, Jepun Mahu Kerjasama Lebih Berkualiti

2020-12-03 16:57:31  CRI
Share with:

China dan Jepun hendaklah proaktif menambah baik persekitaran perdagangan dan pelaburan, sekali gus melonjakkan kerjasama dua hala ke arah yang lebih berkualiti dan menyumbang kepada integrasi ekonomi serantau pada tahap lebih tinggi.

Kesepakatan itu dicapai pada pusingan ke-6 dialog membabitkan usahawan dan bekas pegawai kanan kerajaan kedua-dua negara yang diadakan menerusi pautan video baru-baru ini.

Pengerusi Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China (CCIEE), Zeng Peiyan berkata hubungan ekonomi China dengan dunia akan bertambah erat, yang pasti membuka ruang pasaran dan peluang kerjasama lebih luas kepada syarikat-syarikat dari seluruh dunia.

Bekas Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda memuji kecekapan China dalam mengawal wabak dan mewujudkan pemulihan ekonomi.

Beliau turut menzahirkan harapan supaya dialog itu mampu menyumbang kebijaksanaan untuk menjana pertumbuhan baharu ekonomi China dan Jepun bahkan dunia.

周乔西