Sejauh Manakah Kebebasan Bersuara di AS?

2021-01-12 13:56:32  CRI
Share with:

Beberapa platform media sosial di Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan untuk mengharamkan akaun Presiden Donald Trump kerana dituduh menghasut keganasan.

Dalam senario amalan hak kebebasan bersuara sentiasa didukung AS, adalah ironik ketua negara itu kehilangan hak bersuara menerusi saluran media sosial.

Sepanjang pemerintahannya selama empat tahun, Trump asyik berkongsi hantaran media sosial.  Menurut laporan The Washington Post, setakat Mei 2020, Presiden itu memuat naik hingga 18,000 hantaran yang palsu dan mengelirukan menerusi akaun media sosialnya.

Perbuatan platform media sosial yang bertindak tegas untuk membendung penyebaran maklumat bersifat ganas, nampaknya berpatutan dan munasabah. Namun, jika diteliti secara lebih lanjut, tindakan sedemikian sebenarnya bermotifkan politik.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, peralihan kuasa kepada bakal pengganti Trump akan dilaksanakan. Pada ketika ini, Trump dan penyokongnya dipersalahkan atas peristiwa rusuhan di bangunan Capitol.

Perubahan landskap politik ini membuatkan platform media sosial berturut-turut menjelaskan pendirian mereka menerusi tindakan menutup akaun milik Trump, sekali gus mengelakkan diri daripada tanggungjawab yang dipikul jika terkancah dalam rusuhan berkenaan. Apa jua yang dilakukan mereka hanya satu perbuatan oportunis politik melulu.

Pendek kata, hak kebebasan bersuara di negara itu menjadi modus operandi yang dipergunakan pemegang jawatan untuk mengalahkan lawannya.

董筱娉