Xi: Praktik Konsep Baharu, Sasar Pembangunan Berkualiti

2021-01-13 16:08:07  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menekankan perlunya merintis permulaan baik dalam usaha membangunkan negara sosialis moden secara menyeluruh, semasa bersimposium bersama pegawai peringkat menteri dan provinsi pada Isnin.

Beliau berkata, pembentukan paradigma pembangunan baharu perlu dipercepat dengan memegang konsep baharu dan menyasarkan pembangunan yang lebih berkualiti dalam tempoh Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 mengenai pembangunan sosioekonomi negara(2021-2025).

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) turut menekankan peri pentingnya mengamalkan konsep pembangunan baharu secara menyeluruh dan tepat.

Ujarnya, rakyat merupakan tunjang negara dan tonggak pemerintahan. Justeru, usaha hendaklah dilakukan dengan proaktif bagi mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah dan jurang pendapatan antara golongan masyarakat, demi memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, masalah ketidakseimbangan pembangunan perlu diselesaikan secara tuntas menerusi pendekatan yang inovatif, terselaras, hijau, terbuka dan berkongsi.

Demi mewujudkan paradigma pembangunan baharu, langkah-langkah perlu diambil untuk meningkatkan kualiti sistem pembekalan dan pengurusan permintaan pasaran bagi memastikan kelancaran kitaran ekonomi, di samping menerajui usaha inovasi dan mempertingkat tahap keterbukaan pintu.

周乔西