China Bantah Khabar Angin Xinjiang

2021-01-13 14:34:12  CRI
Share with:

China membantah khabar angin yang disebarkan kumpulan anti-China di luar negara mengenai apa yang disebut 'pemantuan secara besar-besaran, tindakan bekerja secara paksa serta kewujudan genosid' di Wilayah Autonomi Xinjiang.

Demikian ulas Naib Ketua Jabatan Penerangan Wilayah Xinjiang, Xu Guixiang dalam satu sidang media pada Isnin susulan tuduhan oleh Senator kanan dari Parti Republikan Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio berhubung “kerajaan Xinjiang melakukan jenayah genosid dengan mencabuli hak asasi manusia etnik minoriti di Xinjiang termasuk etnik Uygur” dan “menuntut kerajaan China memikul tanggungjawab terhadap hal tersebut”yang turut disifatkan sebagai tidak berasas.

Xu berpendapat bahawa tuduhan tersebut mencabuli Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), selain menyifatkan tindakan tersebut sebagai fitnah terhadap Xinjiang dan campur tangan kasar terhadap urusan dalaman China.  

Sementera itu, Xu turut menepis desas-desus itu dengan menyatakan bahawa jumlah populasi etnik Uygur meningkat 25.04 peratus daripada 10.171 juta orang pada tahun 2010 kepada 12.718 juta pada tahun 2018, iaitu lebih pesat berbanding dengan peningkatan populasi etnik lain di negara ini.

Tegas Xu, rakyat China bebas menentukan dalam isu mencegah kehamilan atau cara mencegah kehamilan, sekali gus menepis dakwaan kewujudan “pencegahan hamil secara paksa” di negara ini.

Menurut Xu, AS sebaliknya dengan dalih untuk memelihara hak asasi manusia dan membanteras kumpulan keganasan, telah mencetuskan peperangan di Afghanistan, Iraq, Syria serta menyebabkan kematian berjuta-juta penduduk yang tidak berdosa dan ramai mangsa kehilangan tempat tinggal di negara-negara tersebut.

Memetik hak tahanan dicabuli di kem-kem tahanan AS di banyak tempat termasuk Guantanamo Bay sebagai contoh, Xu berkata umum telah mengetahui negara mana yang sedang menubuhkan “kem tumpuan tentera”, melakukan penyeksaan dan mencabuli hak asasi manusia. 

曹捷