China, Rakan Dagang Terbesar Jerman

2021-02-23 13:06:03  CRI
Share with:

China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi Jerman selama lima tahun berturut-turut.

Menurut data statistik terkini Jabatan Statistik Persekutuan Jerman, walaupun terkena tempias wabak COVID-19, jumlah dagangan Jerman-China merekodkan 212.1 bilion euro (1.04 trilion ringgi) pada tahun lepas, menyaksikan peningkatan 3 peratus berbanding tahun 2019.

Sementara itu, jumlah dagangan antara Jerman dengan Belanda dan Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga kedua dan ketiga, masing-masing berjumlah 172.8 bilion euro dan 171.6 bilion euro pada tahun lepas. Kedua-dua angka tersebut masing-masing menurun 8.7 peratus dan 9.7 peratus.

覃淼