Xi Utus Kawat Tahniah kepada Sultan Brunei

2021-02-23 15:51:09  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena hari ulang tahun ke-37 kemerdekaan Brunei Darussalam.

Menurut Xi, China dan Brunei merupakan negara jiran yang bersahabat. Kedua-dua negara bekerjasama melawan pandemik COVID-19 memperlihat asas yang kukuh hubungan perkongsian kerjasama strategik antara kedua-dua negara ini.

Beliau komited bersama-sama Sultan Hassanal Bolkiah mengambil peluang ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara, menyelaraskan "matlamat jangka panjang 2035" China dengan "wawasan 2035" Brunei agar meningkatkan hubungan dua hala serta memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

徐国玮