Xi: Wujudkan Permulaan Baik dalam Pembangunan Pertahanan dan Tentera Semasa FYP ke-14

2021-03-10 12:20:58  CRI
Share with:

Xi: Wujudkan Permulaan Baik dalam Pembangunan Pertahanan dan Tentera Semasa FYP ke-14_fororder_xjp

Pasukan tentera diharap mewujudkan permulaan baik semasa tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) Ke-14 pembangunan sosioekonomi kebangsaan, dengan bersungguh-sungguh memikul tanggungjawab dan turun padang serta memperincikan segenap urusan rutin dalam mencegah dan mengawal wabak COVID-19 supaya dapat menyambut ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC) dengan pencapaian yang cemerlang.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam sesi perbahasan dengan perwakilan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dari Tentera Pembebasan Rakyat dan Korps Polis semalam.

Setelah mendengar saranan wakil mengenai langkah mempercepat inovasi teknologi pertahanan dan meningkatkan kemampuan bertempur, Xi menegaskan peri pentingnya mengoptimumkan peranan tunjang sains dan teknologi terhadap pembangunan pasukan, serta memperhebat perancangan strategik dan penyelarasan antara pelbagai projek mega.

Beliau menambah, terdepan dengan situasi keamanan negara yang kurang stabil dan kurang menentu, pasukan tentera perlu menyelaraskan hubungan pembangunan dengan persiapan pertempuran, membuat persiapan pada bila-bila masa untuk menghadapi kesukaran yang berbagai-bagai, membela kedaulatan, keamanan dan pembangunan Negara supaya dapat menyokong pembangunan negara sosialis yang moden secara menyeluruh.

高蕾