China, Columbia Ikrar Perhebat Kolaborasi

2021-03-22 12:31:42  CRI
Share with:

China, Columbia Ikrar Perhebat Kolaborasi_fororder_1127237307_16163197911341n

Presiden Xi Jinping menyampaikan ucapan kepada rakyat Columbia menerusi pautan video atas undangan rakan sejawatnya dari negara itu, Ivan Duque Marquez, bersempena ketibaan vaksin kumpulan ketiga dibekalkan China di Bogota, Sabtu lalu.

Xi menyatakan, Lautan Pasifik yang luas terbentang pun tidak dapat menghalangi persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Sejak terjalinnya ikatan diplomatik 41 tahun lalu, kedua-dua negara telah melakar kemajuan besar dalam hubungan bilateral, dengan interaksi sosiobudaya kian rancak.

China muncul sebagai rakan dagang kedua terbesar bagi Columbia, sementara syarikatnya aktif menyertai pembangunan negara itu melibatkan pelbagai bidang.

Katanya, kedua-dua negara bergotong-royong mengatasi kegetiran semasa dan bekerjasama dalam perjuangan melawan wabak selepas tercetusnya pandemik COVID-19.

Beliau mengulangi harapannya agar China dan Columbia terus mengintensifkan kerjasama muhibah dalam pelbagai bidang, demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Presiden Duque mengucapkan terima kasih atas sokongan kukuh yang dihulurkan China kepada usaha Columbia membendung wabak.

 

周乔西