Tinjauan Xi Papar Iltizam Jana Pembangunan Hijau

2021-03-23 12:07:06  CRI
Share with:

Tinjauan Xi Papar Iltizam Jana Pembangunan Hijau_fororder_1127255555_16166731836761n

Presiden Xi Jinping mengadakan tinjauan di provinsi Fujian bermula Isnin. Ia merupakan tinjauan pertama dibuat beliau sejak diluluskannya garis panduan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14.

Beliau telah mengunjungi Taman Negara Gunung Wuyi dan kebun teh di bandar Nanping untuk melihat sendiri pembangunan ekologi dan usaha memelihara warisan budaya di sana.

Gunung Wuyi disenaraikan sebagai warisan alam dan budaya oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) pada 1999.

Tinjauan Xi Papar Iltizam Jana Pembangunan Hijau_fororder_1127255555_16166731840411n

Usaha memacu pembangunan ekologi di Fujian menjadi tumpuan beliau semasa bertugas di wilayah itu selama 17 tahun sebelum ini.

Tinjauan tersebut dilihat sekali lagi memaparkan iltizam China untuk menjana pembangunan mesra alam pada fasa pembangunan seterusnya.

张哲