Xi Terima Watikah Pelantikan 29 Duta

2021-04-15 12:21:37  CRI
Share with:

Xi Terima Watikah Pelantikan 29 Duta_fororder_1127330977_16184102769001n

Presiden China, Xi Jinping menerima watikah pelantikan duta besar baharu dari 29 negara di Dewan Besar Rakyat, Beijing pada Rabu.

Xi menyatakan China akan teguh melaksanakan konsep pembangunan baharu, sambil mewujudkan paradigma pembangunan baharu bagi memastikan lebih banyak manfaat dinikmati rakyat semua negara.

Beliau turut menzahirkan kesediaan China untuk bersama-sama pelbagai negara mendukung multilateralisme, serta mempertahankan sistem antarabangsa berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan order berasaskan undang-undang antarabangsa.

China juga bersedia bergabung tenaga dengan semua untuk menjaga sistem perdagangan multilateral dan menggalakkan pembinaan sistem tadbir urus global ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Xi menegaskan bahawa rakyat China yang sentiasa menghargai persahabatan dan mencintai keamanan, ingin memperkukuh ikatan muhibah, kesalingpercayaan dan kerjasama dengan rakyat semua negara, di samping bersama-sama membangunkan Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi. 

梁靓