Pemimpin China, Perancis, Jerman Bersidang secara Maya

2021-04-16 22:33:47  CRI
Share with:

Pemimpin China, Perancis, Jerman Bersidang secara Maya_fororder_1127339790_16185758147621n

Presiden China, Xi Jinping menghadiri sidang kemuncak bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Canselor Jerman, Angela Merkel secara maya pada petang Jumaat.

Pemimpin ketiga-tiga negara bertukar-tukar pendapat mengenai perubahan iklim, hubungan China-Eropah, kerjasama memerangi wabak COVID-19 serta isu-isu penting antarabangsa dan serantau.

Dalam pada itu, Presiden Xi mengulangi komitmen China untuk mencapai puncak pelepasan karbon dioksida sebelum 2030 dan status neutral karbon menjelang 2060.

Hal ini bermakna China selaku negara membangun terbesar, bakal merealisasikan pengurangan pelepasan karbon dengan tahap paling besar di dunia, selain mengambil masa yang paling pendek untuk mencapai matlamat neutral karbon dalam sejarah.  

Pemimpin China, Perancis, Jerman Bersidang secara Maya_fororder_1127339790_16185755704981n

Beliau berkata, China akan memperluas keterbukaan pada taraf lebih tinggi dan menyediakan iklim perniagaan yang sama rata, adil dan tanpa diskriminasi kepada perusahaan asing termasuk Perancis dan Jerman. Pihak Eropah juga diharap melayan syarikat China dengan sikap positif sebegini.

Beliau turut melantangkan pendirian China menentang “nasionalisme vaksin”, di samping menyuarakan kesediaan untuk bekerjasma dengan masyarakat antarabangsa bagi membantu negara-negara membangun memperoleh vaksin COVID-19.

Pemimpin China, Perancis, Jerman Bersidang secara Maya_fororder_1127339790_16185755705451n

Emmanuel Macron mengalu-alukan komitmen China dalam mewujudkan neutral karbon menjelang 2060, yang dianggap memperlihatkan China mempunyai daya usaha untuk memikul tanggungjawab penting.

Tambah beliau, vaksin tidak sepatutnya dijadikan alat untuk kuasa besar melakukan persaingan. Perancis bersedia memperkasakan kerjasama dengan China bagi menjamin keadilan dalam pengagihan vaksin COVID-19.

Canselor Jerman, Angela Merkel pula berkata, adalah amat signifikan bagi ketiga-tiga negara memperkasakan sinergi dalam menangani perubahan iklim.

Selain itu, Jerman mahu memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan yang saling menguntungkan dengan China, sambil mempertingkat komunikasi dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi digital dan keselamatan siber.

Pemimpin ketiga-tiga negara sependapat mengenai peri mustahaknya menjunjung multilateralisme dan melaksanakan Perjanjian Paris secara menyeluruh ke arah membentuk sistem tadbir urus iklim global yang adil, munasabah dan saling untung.  

张哲