Chile: Data Perlindungan Vaksin Sinovac Cukup Menggalakkan

2021-04-19 14:28:22  CRI
Share with:

Menteri Sains dan Teknologi Chile, Andres Couve menyatakan data keberkesanan perlindungan vaksin buatan syarikat Sinovac China cukup menggalakkan menurut laporan yang diumumkan Kementerian Kesihatan negara itu baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar berikutan kumpulan baharu vaksin Sinovac dihantar tiba Chile, Andres Couve berkata, pengajian berkenaan menunjukkan vaksin Sinovac dibuktikan “sangat berkesan” dalam mencegah jangkitan bersimptom, mengurangkan rawatan hospital, mengelakkan penyakit daripada berkembang menjadi lebih serius dan mengurangkan kadar kematian.

Timbalan Menteri Luar Chile, Rodrigo Yanez pula menyatakan vaksin Sinovac antara vaksin utama yang telah disuntik secara besar-besaran di negara itu. Keberkesanan perlindungan vaksin tersebut telah diiktiraf “sangat baik” dalam pengajian "Real World Data" (RWD) milik negaranya.

Hasil pengajian RWD tersebut diumumkan pihak Kementerian Kesihatan Chile pada 16 April lalu. Vaksin Sinovac dibuktikan mampu mencegah 67% kes jangkitan bersimptom, 85% kes yang perlu dirawat dalam hospital, 89% kes yang perlu dirawat dalam ICU dan 80% kes kematian selepas 14 hari dos keduanya disuntik.

Pemvaksinan besar-besaran dilaksanakan di Chile sejak 3 Feb tahun ini. Setakat 15 April lalu, seramai 7.66 juta orang telah mengambil vaksin COVID-19, dengan hampir 90%nya buatan Sinovac.

 

张宪