Ban Ki-moon: Masa Depan China dan Asia Penuh Harapan

2021-04-19 14:16:51  CRI
Share with:

Ban Ki-moon: Masa Depan China dan Asia Penuh Harapan_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6012_4078f174-3571-46e8-9dad-83368f391895

Perkembangan Forum Asia Boao (BFA) yang ditubuhkan 20 tahun yang lalu, sentiasa selaras dengan pembangunan China yang pesat. Pada masa depan, BFA pasti akan melangkaui sempadan Asia, dan memainkan peranan yang lebih besar dalam urusan antarabangsa. Demikian dinyatakan Pengerusi Lembaga BFA, Ban Ki-moon ketika menerima wawancara eksklusif anjuran wartawan Kumpulan Media China (CMG) sebelum sidang tahunan BFA 2021 dirasmikan.

Ban Ki-moon mengatakan bahawa walaupun wabak COVID-19 telah mendatangkan risiko kepada forum kali ini tetapi juga membawa erti yang istimewa. Para peserta dapat duduk bersama-sama untuk menangani masalah yang paling mendesak.

Ketika membicarakan masa depan BFA, Ban Ki-moon menyatakan bahawa sasaran BFA adalah untuk memperluas pengaruhnya ke luar Asia dan merangkumi bidang yang lebih luas termasuk inovasi, kesihatan, kebudayaan, pendidikan dan media. Sebagai Pengerusi Lembaga BFA, beliau penuh keyakinan terhadap perkembangan dan kejayaan forum itu untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Demi merayakan ulang tahun ke-20 BFA, Ban Ki-moon telah menulis satu artikel yang bertajuk 'Demi Masa Depan Bersama Asia dan Dunia'. Beliau menyatakan bahawa hanya melalui kerjasama yang erat, saling untung dan menang-menang, barulah dapat menjamin masa depan yang sama bagi Asia dan dunia. 

曹捷