China Bina Rangkaian Mudah Alih 5G, Libat 260 Juta Terminal Telefon

2021-04-20 14:00:15  CRI
Share with:

Rangkaian mudah alih 5G yang sedia dibina di China kini menjadi rangkaian terbesar di dunia yang melibatkan kesemua bandar dan 260 juta pengguna telefon.

Menurut Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT), setakat in, kadar penggunaan jalur lebar gentian menyaksikan peningkatan daripada 56 peratus pada hujung tahun 2015 kepada 94 peratus.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, MIIT juga memaklumkan bahawa skala stesen 4G di China kini telah menyumbang lebih separuh daripada jumlah keseluruhan di dunia.

Data tersebut turut memberitahu kepesatan rangkaian mudah alih di China pada ketika ini menduduki tangga keempat antara 139 buah negara dan kawasan di dunia, dengan cajnya dilaporkan jauh lebih rendah daripada tahap purata.

Kementerian itu menyifatkan kejayaan prestasi sebagai hasil daripada pembinaan rangkaian yang intensif serta penggunaan teknologi inovasi dalam skala yang besar.

Dalam pada itu, MIIT mennyatakan bahawa China akan terus menurunkan caj penggunaan, di samping meningkatkan kualiti rangkaian dan perkhidmatan berkenaan pada tahun ini.

覃淼