Sumbangan Universiti Cemerlang demi Kemakmuran Negara

2021-04-20 12:09:07  CRI
Share with:

Sumbangan Universiti Cemerlang demi Kemakmuran Negara_fororder_th5

Sempena ulang tahun ke-110 Universiti Tsinghua, Presiden China, Xi Jinping telah meninjau ke kampus pengajian tinggi itu, dan menyampaikan salam yang tulus ikhlas kepada pengajar, pelajar dan staf serta alumni domestik dan seberang laut.

Sumbangan Universiti Cemerlang demi Kemakmuran Negara_fororder_th4

Xi berkata, pencapaian matlamat yang berjangka panjang (seratus tahun) bergantung kepada pendidikan. China mula mengayunkan langkah baharu untuk membangunkan negara sosialis yang moden secara menyeluruh, pada saat memperingati ulang tahun ke-100 Parti Komunis China. Parti dan negara amat memerlukan kumpulan kepakaran yang unggul dalam bidang sains dan teknologi. Sehubungan itu, warga pendidik peringkat tinggi dikehendaki menjana inspirasi dalam menyumbang kepada kemakmuran negara, pembangkitan bangsa dan kebahagiaan rakyat.

Sumbangan Universiti Cemerlang demi Kemakmuran Negara_fororder_th

Xi menambah, golongan belia diharap mencintai negara dan rakyat, memupuk kesedaran berbakti, bersemangat inovatif, dan tekun mengamalkan praktik.

Sumbangan Universiti Cemerlang demi Kemakmuran Negara_fororder_th2

Selain itu, warga tutor diharap menjadi teladan bagi siswa-siswi, bersungguh-sungguh mengaji pendekatan pengajaran, dan memperkukuh kepercayaan sebagai penyokong negara sosialis.

Sumbangan Universiti Cemerlang demi Kemakmuran Negara_fororder_th3

高蕾