AS Yang Maling Berteriak Maling

2021-04-20 13:50:18  CRI
Share with:

AS Yang Maling Berteriak Maling_fororder_W020210419716456688951

AS berulang kali mengeksploitasi dakwaan palsu mengenai isu "kerja paksa" di Xinjiang, namun fakta membuktikan bahawa yang maling berteriak maling.

Pada satu sidang akhbar yang diadakan semalam, jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan bersama yang dikeluarkan pakar dan kumpulan kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mengenai tindakan AS yang mencabuli hak asasi manusia beberapa orang sasaran yang dilabelkan oleh negara itu sebagai individu yang terlibat dalam keganasan tanpa prosedur kehakiman yang diperlukan.  

Wang menambah, AS memaksa sejumlah individu asing melakukan kerjasama dengan negaranya dengan ancaman hukuman terhadap mereka kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengganas. Tindakan AS ini merupakan "kerja paksa" yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam perjanjian berkenaan.  

Menurut Wang lagi, tindakan AS sedemikian mencabuli hak kerja, kebebasan bertindak, reputasi, dan hak hidup selain membelakangi dengan serius semangat kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.  

Wang menegaskan, China menggesa AS mempertimbangkan dengan bersungguh-sungguh keprihatinan masyarakat antarabangsa, meneliti masalah hak asasi manusia yang serius di negaranya sendiri dan mengambil langkah kondusif untuk menanganinya. 

高蕾