Wang Yi Hadir Perbahasan Terbuka UNSC

2021-04-20 12:04:59  CRI
Share with:

Wang Yi Hadir Perbahasan Terbuka UNSC_fororder_wy

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan serantau diharap berganding bahu untuk memelihara amalan multilateralisme serta kedamaian dan keamanan dunia, di sebalik munculnya cabaran yang semakin menonjol.

Demikian dinyatakan Utusan Khas Presiden Xi Jinping merangkap Menteri Luar China, Wang Yi dalam perbahasan terbuka peringkat tinggi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) bagi memperkasakan kerjasama PBB dengan pertubuhan regional dan subregional semalam.

Wang Yi Hadir Perbahasan Terbuka UNSC_fororder_wy2

Wang menyarankan pihak terbabit memegang manifesto Piagam PBB, mempertahankan pencegahan, memupuk kelebihan masing-masing yang saling melengkapi dan menjunjung tinggi prinsip pembangunan bersama.

Wang menambah, sempena ulang tahun ke-50 pulihnya kedudukan China yang sah dalam PBB, China komited terus menyokong dan giat melibatkan diri dalam hal ehwal PBB, di samping memelihara dan mengamalkan piagam berkenaan. Sebagai penyokong kerjasama PBB dengan pertubuhan regional dan subregional, China telah menjalin perkongsian strategik dengan Kesatuan Afrika, ASEAN dan Liga Arab. China bersedia mengoptimumkan kerjasama tersebut agar mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

高蕾