Saranan China dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Mengenai Iklim

2021-04-23 13:15:27  CRI
Share with:

Saranan China dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Mengenai Iklim_fororder_1127363337_16191046860881nddd

Presiden China, Xi Jinping atas undangan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Joseph Biden telah menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai Iklim secara maya pada Khamis.

Pada sidang tersebut, Xi turut menyampaikan ucapan yang bertajuk 'Demi Manusia dan Alam, Bina Komuniti Hidup Bersama'.

Dalam ucapannya, Xi mengemukakan enam saranan iaitu mengekalkan simbiosis antara manusia dengan alam sekitar, melestarikan pembangunan hijau, melaksanakan tadbir urus secara sistematik, mengutamakan kepentingan rakyat, mempertahankan amalan multilateralisme, dan prinsip memikul tanggungjawab bersama yang berbeza.

Menurut beliau lagi, dengan berpandukan idea tamadun ekologi, China melaksanakan konsep pembangunan baharu dengan mengambil kira jalan pembangunan yang mengutamakan ekologi dan karbon rendah.

Pada masa sama, China juga akan berusaha bagi mewujudkan sasaran puncak pelepasan karbon menjelang tahun 2030 dan neutral karbon' menjelang tahun 2060.

Xi berkata, komitmen China untuk mencapai sasaran puncak pelepasan karbon hingga ke sasaran nuetral karbon akan mengambil masa 30 tahun, ini jauh lebih pendek berbanding dengan negara-negara maju.

"China telah menyenaraikan puncak pelepasan karbon dan neutral karbon dalam rancangan pembinaan tamadun ekologi, dan sedang menyusun rancangan berkenaan sambil bersungguh-sungguh bertindak untuk merealisasikan sasaran puncak pelepasan karbon.

"Ia termasuk menyokong sebahagian tempat yang memenuhi syarat serta sejumlah industri dan perusahaan utama mencapai puncak pelepasan karbon terlebih dahulu", jelas Xi.

Selain itu, China turut mengawal projek loji janakuasa arang batu secara konsisten, supaya menjadikan penggunaan arang batu dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan tidak bertambah lagi, dan seterusnya berkurangan pada tempoh FYP ke-15.

Tambah beliau, sebagai penglibat, penyumbang dan peneraju dalam pembangunan tamadun ekologi global, China akan terus bertindak mengamalkan multilatralisme di samping berusaha membina sistem tadbir urus global yang adil demi keuntungan semua pihak.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan bahawa China akan menganjurkan persidangan pihak-pihak pemeterai Konvensyen mengenai Kepelbagaian Biologi kali ke-15 pada Oktober nanti.

Selain mengulangi komitmen untuk memperkukuh kerjasama Selatan-Selatan dalam membantu negara-negara membangun meningkatkan kemampuan menghadpai perubahan iklim, China juga akan turut mengutamakan kerjasama dalam sektor tamadun ekologi dalam pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

覃淼