Xi Jinping Kunjungi Nanning

2021-04-28 12:47:43  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping yang sedang dalam rangka tinjauan di bandar Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, telah melawat Muzium Etnik Guangxi dan Pameran Budaya Etnik Zhuang pagi semalam. Beliau telah menonton persembahan menyambut Pesta Lagu "3 Bulan Tiga Etnik Zhuang". 

Beliau menyatakan, Guangxi mencapai kemajuan besar pada tahun-tahun kebelakangan ini. Seramai 6.3 juta penduduk miksin berjaya keluar dari belenggu kemiskinan. 

Xi Jinping Kunjungi Nanning_fororder_139910693_16195394177071n

Beliau berkata, dalam usaha membasmi kemiskinan, tiada satu etnik, malah satu individu pun akan ketinggalan. Sekarang, kerajaan telah menunaikan komitmen tersebut, iaitu kesemua 56 etnik telah berjaya keluar dari kemiskinan.

Xi juga menggalakkan rakyat seluruh negara terus berusaha untuk mencapai matlamat seratus tahun kedua.

胡星