CICPE Pertama Bermula Esok

2021-05-06 11:15:59  CRI
Share with:

Ekspo Barang Pengguna Antarabangsa China (CICPE) pertama bakal berlangsung di Haikou, provinsi Hainan bermula esok hingga 10 Mei.

Selaku pameran bertaraf negara pertama yang menghimpunkan produk pengguna berkualiti, ekspo itu berjaya menarik kehadiran 650 buah syarikat dari 69 negara dan wilayah, serta jenama domestik melepasi 1,200.

Selain itu, terdapat 1,300 jenama antarabangsa akan dipamerkan pada CICPE menerusi 70 aktiviti memperkenalkan produk baharu membabitkan kapal layar, kenderaan, pakaian, kosmetik dan lain-lain.

Difahamkan, ruang pameran ekspo kali ini seluas 80,000 meter persegi, antaranya segmen global yang menyumbang kepada 60,000 meter persegi.

Laporan media menyifatkan ekspo tersebut sebagai berskop terbesar di Asia Pasifik.

董筱娉