Prinsip Satu China Tak Boleh Dicabar

2021-05-26 14:33:06  CRI
Share with:

Jawatankuasa Am dan Sidang Pleno Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) pada Isnin menolak usul mempelawa Taiwan sebagai pemerhati bagi WHA.

Keputusan itu sekali lagi membuktikan pentingnya prinsip “satu China”, dan sebarang cubaan untuk mencabar prinsip itu pasti akan menemui kegagalan.

Pada 2009 hingga 2016, Taiwan pernah menyertai WHA sebagai pemerhati dengan nama Taipei China.

Aturan khas itu dibuat menerusi perundingan berpandukan Konsensus 1992 yang berteraskan prinsip “satu China”.

Bagaimanapun, Parti Progresif Demokratik (DPP)yang memerintah Taiwan sejak 2016, menolak konsensus itu dan berdegil melakukan kegiatan pemisahan hingga menyebabkan asas politik kehadiran Taiwan dalam WHA langsung hilang.

Sebelum perasmian sesi ke-74 WHA, lebih 150 negara menerusi saluran diplomatik menyuarakan sokongan mereka terhadap keputusan China yang tidak mempersetujui penyertaan Taiwan dalam WHA tahun ini.

Sementara itu, lebih 80 negara dalam surat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi pendirian mereka yang berpegang pada prinsip "satu China" dan menentang kehadiran Taiwan dalam WHA.

周乔西