Xi Mahu Kemandirian, Swadaya Teknologi Dipertingkat

2021-05-28 23:37:22  CRI
Share with:

Xi Mahu Kemandirian, Swadaya Teknologi Dipertingkat_fororder_0528a

Presiden Xi Jinping mahu usaha dilipatgandakan untuk mempertingkat kemandirian serta swadaya sains dan teknologi sehingga menjadi penyokong strategik pembangunan negara.

Perkara itu ditekankan beliau ketika menyampaikan ucaptama pada perhimpunan am ahli Akademi Sains China (CAS) dan Akademi Kejuruteraan China (CAE) serta kongres kebangsaan Persatuan Sains dan Teknologi China (CAST) di Beijing, pagi tadi.

Xi Mahu Kemandirian, Swadaya Teknologi Dipertingkat_fororder_0528b

Beliau berkata, konsep pembangunan baharu perlu dilaksanakan hingga diterap dalam minda masyarakat, sementara pembangunan berkualiti dijana dan usaha membentuk paradigma pembangunan baharu terus dipergiat.

Selain itu katanya, pembangunan sains dan teknologi perlu berfokus pada sasaran memenuhi keperluan negara dan membawa kebaikan kepada kesihatan rakyat.

Presiden itu juga mahukan strategi pembangunan negara menerusi sains dan pendidikan, bakat serta inovasi terus dilaksanakan sejajar dengan arus perkembangan semasa.

Xi berharap agar sistem inovasi negara dapat dinaik taraf ke arah memartabatkan China sebagai gergasi teknologi yang lebih berdikari dalam bidang berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Pekerja Sains dan Teknologi buat mereka yang sentiasa berdedikasi dalam menjalankan tugas.

董筱娉