Perendahan Presiden: Bantu Kanak-Kanak Membesar secara Sihat

2021-06-01 14:28:09  CRI
Share with:

Perendahan Presiden: Bantu Kanak-Kanak Membesar secara Sihat_fororder_2020年9月习近平来到文明瑶族乡第一片小学看望学生

Negara kuat apabila belianya kuat. Oleh itu, Setiausaha Agung Parti Komunis China, Xi Jinping sejak sekian lama mengendahkan golongan kanak-kanak dan membantu mereka membesar secara sihat,  baik dari segi hidup harian mahupun menjaga kesihatan spiritual, baik dalam pendidikan kurikulum mahupun praktik sosialisasi.

Pada 1 Jun tahun 2018, Xi Jinping pernah membalas surat kepada murid dari satu sekolah rendah di Provinsi Shaanxi untuk menggalakkan mereka tekun belajar pengetahuan tentang revolusi, pembangunan, pembaharuan dan sejarah China, serta menyemarakkan semangat pahlawan dan teladan yang mencintai parti, negara dan rakyat, sekali gus mewarisi tradisi perjuangan dari generasi tua.

Perendahan Presiden: Bantu Kanak-Kanak Membesar secara Sihat_fororder_2019年4月习近平来到重庆石柱土家族自治县中益乡小学考察

Pada awal tahun ini pula, waktu China mengisytihar kemenangan menyeluruh dalam kempen membanteras kemiskinan, Xi menegaskan peri pentingnya usaha memperkembang pendidikan di kawasan mundur, dan berusaha menjamin kanak-kanak di sana menikmati pendidikan. Semasa membuat tinjauan dalam negeri, beliau selalu memilih mengunjungi sekolah untuk mengambil tahu keadaan budak-budak setempat.

Perendahan Presiden: Bantu Kanak-Kanak Membesar secara Sihat_fororder_习近平考察中益乡小学食堂

Selain itu, Xi turun padang bersama dengan kanak-kanak menanam pokok secara wajib di ibu negara setiap tahun sejak 2013. Sepanjang proses menanam, beliau selalu memesan kanak-kanak untuk mengintensifkan latihan fizikal supaya dapat membesar dengan sihat seperti semai bertumbuh menjadi pokok.

Perendahan Presiden: Bantu Kanak-Kanak Membesar secara Sihat_fororder_2019年4月习近平和少先队员一起参加首都义务植树活动

高蕾