Xi: Tingkatkan Perlindungan Ekologi dan Pembangunan Berkualiti Tinggi di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet

2021-06-09 20:29:16  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa falsafah pembangunan baharu harus dilaksanakan secara lengkap, tepat dan menyeluruh, dan kepentingan rakyat patut diutamakan. Sementara itu, usaha harus dilakukan untuk meningkatkan pembaharuan dan pintu terbuka, menyelaraskan usaha melawan wabak dengan pembangunan sosioekonomi, sehingga mencapai kejayaan lebih besar dalam perlindungan ekologi dan pembangunan berkualiti tinggi di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di provinsi Qinghai pada Isnin hingga Rabu.

Ketika mendengar laporan kerja pihak berkuasa tempatan provinsi Qinghai pagi tadi, Presiden Xi menegaskan bahawa memelihara ekologi alam sekitar dengan baik di Qinghai ialah tugas yang amat penting. Konsep“gunung hijau dan air jernih bagaikan gunung emas dan perak” hendaklah menjadi pedoman dan usaha tersebut.

Tegasnya, perlindungan kawasan Sanjiangyuan, iaitu punca bagi Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang perlu diutamakan.

Xi menyatakan bahawa kedudukan keselamatan ekologi, wilayah dan sumber provinsi Qinghai menjadi lebih penting pada fasa pembangunan baharu ketika ini. Qinghai hendaklah mengoptimumkan struktur perlindungan penerokaan sumber tanah, mengekalkan pembangunan karbon rendah, dan terus menempuh jalan pembangunan berkualiti tinggi.

Dalam pada itu, tegas Xi, Qinghai perlu memanfaatkan kelebihan sumber sendiri, membangunkan perindustrian baharu, dan mempercepat pembinaan pangkalan industri tasik garam peringkat dunia.

覃淼