Simposium Pengurangan Kemiskinan Digital APEC di Guizhou

2021-06-10 14:40:55  CRI
Share with:

Simposium Pengurangan Kemiskinan Digital APEC di Guizhou_fororder_微信图片_20210610143606

Presiden China, Xi Jinping ketika menghadiri sidang kemuncak tidak rasmi ke-27 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun lalu mengumumkan, China akan mengadakan simposium pengurangan kemiskinan digital, dan memaksimumkan peranan teknologi digital dan membantu pembasmian kemiskinan di rantau Asia-Pasifik.

Sebagai melaksanakan komitmen tersebut, simposium pengurangan kemiskinan digital APEC telah diadakan di bandar Guiyang  secara dalam dan luar talian pada Selasa hingga Rabu lalu.

Naib Ketua Pengarah Pejabat Maklumat Internet Negara, Yang Xiaowei ketika menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian simposium kali ini berkata, anggota-anggota APEC berganding bahu untuk mengatasi kesukaran sehingga mencapai kejayaan yang menakjubkan dalam pembasmian kemiskinan dalam beberapa dekad lalu.

Sementara itu, China telah melancarkan kempen pembasmian kemiskinan yang paling besar dan melibatkan pupulasi paling banyak di dunia, sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan lebih 40 tahun lalu. 

Beliau menyatakan, anggota APEC perlu mengambil peluang daripada pekembangan semasa, dan memaksimumkan peranan teknologi digital untuk menjayakan kempen pengurangan kemiskinan di rantau Asia-Pasifik.

Kira-kira 200 wakil dari anggota APEC termasuk Malaysia, Rusia dan Thailand serta pertubuhan antarabangsa menyertai simposium kali ini secara dalam dan luar talian.

徐国玮