Ruang Stesen Angkasa Dimaksimum Beri Keselesaan kepada Angkasawan

2021-06-20 14:30:15  CRI
Share with:

Tiga orang angkasawan China, iaitu Nie Haisheng, Liu Boming dan Tang Hongbo, selaku penghuni kumpulan pertama stesen angkasa lepas, memulakan kehidupan mereka di modul teras Tianhe buat tempoh tiga bulan.

Ruang Stesen Angkasa Dimaksimum Beri Keselesaan kepada Angkasawan_fororder_zz

Sebesar hampir 150 meter padu, modul teras itu mempunyai beberapa zon berasingan yang memudahkan angkasawan melakukan tugasan dan menjalani kehidupan.

Ruang Stesen Angkasa Dimaksimum Beri Keselesaan kepada Angkasawan_fororder_zz2

Antaranya, terdapat tiga zon tidur disediakan bagi menjamin keselesaan dan privasi yang optimum untuk setiap orang angkasawan.

Biarpun hidup di ruang angkasa, mereka masih mengekalkan cara hidup seperti yang lazim diamalkan di Bumi, seperti kitaran tidur dan bangun.

Untuk mengatasi impak dari aspek fisiologi ekoran kenirberatan, angkasawan perlu melakukan pergerakan senaman sekurang-kurangnya dua jam sehari dengan menggunakan alat-alat senaman yang dilengkapi di modul berkenaan.

Demi mengubati kerinduan terhadap tanah air, angkasawan tersebut disuguhkan lebih 120 jenis sajian antaranya termasuk ayam Kung Pao.

Selain itu, peralatan seperti meja lipat, peti sejuk dan perkakas dapur juga dilengkapi di modul teras berkenaan bagi memudahkan kehidupan harian mereka.

Ruang Stesen Angkasa Dimaksimum Beri Keselesaan kepada Angkasawan_fororder_zz3

Kemudahan Wi-Fi yang sudah tersedia di dalam modul tersebut juga membolehkan anak kapal menghubungi pusat kawalan serta anggota keluarga menerusi pautan video.

董筱娉