Larian Kereta Api Kargo China-Eropah Cecah 40 Ribu

2021-06-21 11:32:36  CRI
Share with:

Larian Kereta Api Kargo China-Eropah yang pertama tiba Eropah pada 20 Jun 2016. Sejak itulah, terbentuk satu laluan pengangkutan darat yang beroperasi sepanjang masa, berkapasiti besar, hijau dan karbon rendah, dengan jumlah agregat larian kereta api itu mencecah 40 ribu, dan kargo yang selesai dihantar bernilai USD200 bilion (RM829 bilion) lebih.

Data statistik terkini mendedahkan bahawa jumlah bulanan larian Kereta Api Kargo China-Eropah mencatat rekod baharu pada Mei lalu, iaitu 1,357 kali, sekali gus menyaksikan peningkatan pengangkutan kargo 40% berbanding April.

Terdapat sebanyak 73 laluan Kereta Api Kargo China-Eropah yang merangkmui lebih 160 buah bandar di 22 buah negara Eropah, dan kepelbagaian barang muatannya semakin meningkat sehingga melibatkan 53 kategori.

Sejak tercetusnya wabak COVID-19, sebanyak 11.99 juta bungkusan barangan yang seberat 94 ribu tan untuk kegunaan pencegahan serta pengawalan wabak, telah dihantar ke Eropah melalui laluan Kereta Api China-Eropah.

张宪