Opsyen atas Minyak Mentah Mula Didagangkan di Shanghai

2021-06-21 14:34:18  CRI
Share with:

Opsyen atas Minyak Mentah Mula Didagangkan di Shanghai_fororder_微信图片_20210621111105

Dengan disetujui Dewan Negara dan diesahkan Suruhanjaya Pengawalseliaan Sekuriti China (CSRC), opsyen atas minyak mentah mula didagangkan di Pusat Transaksi Sumber Tenaga Antarabangsa Shanghai, anak syarikat Bursa Niaga Hadapan Shanghai pada pukul 9.00 pagi tadi. Opsyen atas minyak mentah yang didagangkan hari ini melibatkan 96 buah kontrak dan setakat ini perdagangan berkenaan berjalan dengan stabil dan lancar.

Pengerusi Bursa Niaga Hadapan Shanghai, Jiang Yan menjelaskan bahawa niaga hadapan minyak mentah merupakan produk niaga hadapan yang pertama dibuka kepada luar. Sejak mula didagangkan pada 26 Mac 2018, terdapat pedagang dari 24 buah negara dan kawasan telah menyertaikan transaksi berkenaan, yang menjadi alat yang berkesan bagi syarikat dari dalam dan luar China mengawal selia risiko. Manakala, perdagangan opsyen atas minyak mentah yang beroperasi hari ini berfungsi melengkapi niaga hadapan minyak mentah dengan baik, dan dapat menawarkan perkhidmatan pengawalseliaan risiko yang lebih efisien kepada pelanggan dalam dan luar China.     

Menurut rekod berkenaan, China merupakan negara pengguna minyak mentah kedua terbesar dan negara pengimport minyak mentah terbesar di dunia pada masa ini. Pada tahun 2020, jumlah penggunaan ketara minyak mentah di China menokok 736 juta tan.

曹捷