China Teroka Teknologi Tenaga Termal Suria di Lembangan Qaidam

2021-06-21 12:03:41  CRI
Share with:

Terletak di  Lembangan Qaidam di provinsi Qinghai, barat laut China, stesen janakuasa suria garam lebur mula beroperasi sejak tahun 2017.

Berbanding dengan janakuasa fotovoltaik (PV), stesen tersebut mempunyai kelebihan dalam penyimpanan haba.

Ia sekali gus dapat menjamin output tenaga secara berterusan dan stabil, serta melengkapi tenaga suria biasa yang mempunyai kebergantungan kepada cuaca.

Dari segi landskapnya, stesen tersebut mempunyai lebih 4,000 cermin dengan setiapnya meliputi 138 meter persegi dan disusun secara berpusat untuk membenarkan penyerapan sinar matahari ke menara habanya.

Difahamkan, dengan kapasiti penjanaan kuasa tahunan yang direka sebnayak 178 juta kilowatt jam, stesen tersebut dapat memenuhi keperluan untuk 100,000 penduduk setahun.

Untuk rekod, sehingga Rabu lepas, provinsi Qinghai telah menjana kira-kira 32.4 bilion kilowatt-jam elektrik dengan tenaga bersih pada tahun ini, bersamaan dengan penjimatan 11.66 juta tan arang batu atau pengurangan 34 juta tan karbon dioksida.

胡星