AS Patut Kaji Diri tentang Pencabulan Hak & Kepentingan Buruh

2021-06-22 14:22:42  CRI
Share with:

Hanya terdapat 2 daripada 8 konvensyen utama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang diesahkan Amerika Syarikat (AS), dan namanya paling buruk antara negara maju dalam bidang pencabulan hak dan kepentingan buruh secara sistematik. Negara Uncle Sam digesa berhenti raga-raga beretika tinggi, menghentikan amalan dwistandard mengenai isu buruh, mengaji diri secara objektif tentang masalah yang wujud di negara sendiri dan memikul tanggungjawab berkenaan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam.

Dimaklumkan, dalam persidangan ke-109 ILO, AS telah menegaskan bahawa setiap pengganas yang mengatur kerja paksa dan memaksa kanak-kanak menjadi buruh akan bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka. Sehubungan itu, Zhao turut menyenaraikan rekod terbabit yang menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 500 ribu orang menderita dalam kerja hamba dan kerja paksa di AS pada zaman moden sekarang ini.

Menyentuh tentang hak dan kepentingan buruh kanak-kanak, AS adalah satu-satunya negara yang masih belum meluluskan Konvensyen Hak dan Kepentingan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Dimaklumkan, kira-kira 500 ribu buruh kanak-kanak bekerja dalam bidang pertanian. Kebanyakan mereka mula bekerja pada umur 8 tahun dengan masa kerja mingguan melebihi 72 jam, iaitu bekerja 10 jam lebih sehari sudah biasa. Dilaporkan bahawa risiko buruh kanak-kanak menghidap kanser akibat racun perosak pertanian adalah tiga kali ganda daripada orang dewasa.

高蕾