Hak Asasi Manusia Berkembang Maju di Xinjiang

2021-06-23 14:34:42  CRI
Share with:

Perkembangan hak asasi manusia di Xinjiang dapat disaksikan semua negara, dan telah mendapat penilaian tinggi masyarakat antarabangsa.

Demikian dikatakan Naib Presiden Persatuan Sains dan Teknologi Wilayah Autonomi Xinjiang, Gulinar pada sesi ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang diadakan semalam.

Ketika memperkenalkan tentang pembangunan sosioekonomi dan hasil yang dicapai dalam bidang hak asasi manusia di Xinjiang, beliau berkata, ketenteraman dan perpaduan Xinjiang tidak dapat digugat sebarang  kelompok anti-China.

Menurutnya, tiada satu pun kes keganasan berlaku dalam tempoh empat tahun lalu di Xinjiang yang kekal tenteram sejak akhir-akhir ini. Ekonomi tempatan berkembang ke arah yang berkualiti tinggi, sedangkan kempen membasmi kemiskinan membuahkan hasil yang menyeluruh. Seramai 3.06 juta penduduk berjaya dibebaskan dari belenggu kemiskinan tegar, dan kesemua 3,666 buah kampung dan 35 kaunti dilepaskan label 'miskin'. Taraf hidup rakyat tempatan ditingkatkan dengan ketara berikutan sebanyak 70% belanjawan awam diperuntukkan dalam bidang menjamin dan memperbaiki kesejahteraan hidup rakyat. Aktiviti dan permintaan keagamaan penganut agama terjamin di sisi undang-undang di Xinjiang.

Penduduk pelbagai etnik Xinjiang menikmati kesaksamaan dari segi kestabilan, keselamatan dan kemajuan dengan indeks kesejahteraan dan keselamatan yang semakin meningkat.

曹捷