Sokong China, Bantah Fitnah Barat

2021-06-23 14:33:58  CRI
Share with:

China bertekad untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dan memelihara kepentingan dari aspek kedaulatan, keselamatan dan pembangunan di negara sendiri.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China sebagai respons terhadap Kanada yang mewakili beberapa negara Barat memfitnah China melalui isu-isu berkaitan Xinjiang, Hong Kong dan Tibet. Sementara itu, lebih 60 negara membuat kenyataan bersama yang menyokong pendirian China dalam isu-isu berkenaan dan menentang campur tangan terhadap hal ehwal dalaman China dengan beralasan hak asasi manusia. 

Menurut jurucakap itu, pada sesi ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang diadakan semalam, Belarus yang membuat ucapan bagi pihak 65 negara menekankan, amalan menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah semua negara dan tidak mencampuri urusan dalaman negara berdaulat adalah norma-norma asas hubungan antarabangsa. Dengan ini, negara lain tidak sepatutnya campur tangan dalam isu Hong Kong, Xinjiang dan Tibet yang merupakan urusan dalaman China.

Belarus turut menyarankan semua negara mematuhi manifesto dan prinsip yang terkandung dalam Piagam PBB, menghormati hak rakyat semua negara untuk memilih jalan pembangunan hak asasi manusia secara bebas berdasarkan keadaan negara sendiri, menentang tindakan mempolitikkan dan bersikap dwistandard terhadap isu hak asasi manusia, menentang tuduhan terhadap China yang tidak berasas yang bermotifkan politik dan berdasarkan maklumat palsu.

Di samping itu, enam anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) telah menghantar surat menyokong pendirian China, dan lebih 20 negara bersiap sedia untuk menyokong dan menyahut China dengan membuat kenyataan pada sesi itu secara bersendirian.

Jurucakap itu menambah, suara yang adil dari lebih 90 negara pada sesi UNHRC memperlihatkan apa yang mendapat sokongan dari masyarakat antarabangsa, di samping mendedahkan kemunafikan beberapa negara Barat yang cuba mencampuri urusan dalaman negara lain dengan bertudung hak asasi manusia. Dan ini turut menandakan negara-negara Barat terbabit mengalami kegagalan lagi dalam percubaan mencemarkan nama China melalui isu yang berkaitan dengan Xinjiang, Hong Kong dan Tibet. 

曹捷