AS Patut Cipta Syarat Kondusif untuk Kerjasama Tangani Perubahan Iklim

2021-09-07 16:37:47  CRI
Share with:

AS Patut Cipta Syarat Kondusif untuk Kerjasama Tangani Perubahan Iklim_fororder_nnnn

Di mata media Barat, lawatan wakil khas Amerika Syarikat (AS) bagi isu perubahan iklim, John Kerry ke China baru-baru ini, nampaknya tidak membuahkan sebarang hasil.

Padahal, pegawai negara itu membawa pulang penyelesaian bagi merekatkan hubungan yang retak antara Washington dengan Beijing selepas pertemuan bersemuka dengan rakan sejawatnya dari China, Xie Zhenhua di Tianjin.

Tindakan bersama menangani perubahan iklim antara satu kolaborasi utama yang dilakukan China dan AS, diyakini mampu meredakan ketegangan antara dua buah kuasa itu.

Dua negara tersebut masing-masing menetapkan matlamat yang hendak dicapai, iaitu Washington berharap Beijing dapat terus mempergiat program pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG), manakala Beijing hendak melihat pelan pengurangan GHG secara besar-besaran dimuktamadkan Washington, di samping lebih banyak peruntukan disalurkan bagi membantu negara membangun mengakses kepada teknologi bersih.

Pada dasarnya, kolaborasi tersebut perlu dilakukan bersandar kepada Perjanjian Paris. China menghormati hak-hak negara lain dalam membangun dan memilih, dan secara serentak negara itu juga mahu dilayan sama oleh negara lain.

AS perlu endah akan kerjasama antara dua negara dalam menangani isu perubahan iklim mustahil dijayakan tanpa hubungan dua hala yang utuh.

Apabila Kerry berada di China, beliau dimaklumi bahawa AS sepatutnya berhenti melihat China sebagai ancaman dan lawan serta jangan bertindak lagi mengekang negara Tembok Besar itu.

Ketika ini wujudnya peluang bagi kedua-dua negara melakukan kerjasama dalam bidang-bidang seperti perubahan iklim, pencegahan penularan COVID-19 dan rejuvenasi ekonomi.

Hanya AS membetulkan perspektif negatif terhadap China dan hubungan dua hala, barulah segala kolaborasi dapat berjalan dengan lancar.

董筱娉