Wang Yi Hadir Mesyuarat Menteri Luar ke-6 CICA

2021-10-13 17:47:26  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadiri mesyuarat menteri luar ke-6 Persidangan Interaksi dan Langkah Pembinaan Keyakinan Asia (CICA) semalam, menyampaikan ucapan menerusi video yang berbunyi bahawa China yang berperanan sebagai peserta dan pendorong CICA sejak sekian lama, bersedia memikul tanggungjawab sewajarnya untuk memberi sumbangan lebih besar bagi mendorong kerjasama CICA pada masa depan.

Menurut Wang, tatkala menghadapi pandemik COVID-19 dan perubahan besar pada zaman sekarang, CICA dikehendaki berdasarkan kelebihan milik sendiri dan hubungan kerjasama yang sedia ada, menyumbang kebijaksanaan dan tenaga bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib di rantau Asia.

Wang menekankan bahawa China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk mendorong kestabilan dan pembangunan serantau serta pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama rantau Asia.

Mesyuarat yang bertemakan “keselamatan dan pembangunan berterusan Asia pasca pandemik” telah menghimpunkan perwakilan dari 40 buah negara anggota dan pemerhati CICA.

张宪