Xi Usul Bina Komuniti Kongsi Nasib Sesama Makhluk Bumi

2021-10-13 15:09:09  CRI
Share with:

Xi Usul Bina Komuniti Kongsi Nasib Sesama Makhluk Bumi_fororder_地球

Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa perlindungan kepelbagaian biologi bermanfaat bagi memelihara Bumi dan menggalakkan pembangunan manusia yang lestari.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama menerusi video pada Persidangan ke-15 Pihak-pihak (COP15) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) yang diadakan secara hibrid di Yunnan pada Selasa.

Menurut Xi, antara kaedah dan panduan yang boleh diberikan oleh China adalah masyarakat antarabangsa perlu membina komuniti berkognsi nasib sesama makhluk Bumi yang berpandukan pembinaan tamadun ekologi.

Demi merealisasikan matlamat tersebut, beliau mencadangkan agar mewujudkan transformasi hijau untuk memacu pembangunan global yang berterusan, selain mendorong kesaksamaan dan keadilan masyarakat dengan berpaksikan kesejahteraan rakyat.

Untuk rekod, perlindungan kepelbagaian biologi telah menjadi strategi China pada peringkat kebangsaan dan dalam tempoh satu dekad lalu, jumlah peningkatan keluasan hutan berjaya melebihi 70 juta hektar, sekali gus menduduki tempat pertama di dunia.

Pada masa sama, China juga berusaha untuk menggalakkan perlindungan kepelbagaian biologi di seluruh dunia.

Pada persidangan kali ini, Xi mengumumkan bahawa China akan memperuntukkan sejumlah RMB 1.5 bilion (RM 943.5 juta) untuk mewujudkan Tabung Kepelbagaian Biologi Kunming dan menyokong usaha sedemikian di negara-negara membangun.

Selain itu, China akan mengeluarkan pelan tindakan dan siri langkah sokongan  untuk mencapai puncak pelepasan karbon dioksida dalam bidang dan sektor utama, membentuk sistem dasar yang melibatkan pencapaian puncak pelepasan karbon dioksida, status neutral karbon  dan '1+N'.

Dengan memanfaatkan peluang penyertaan persidangan kali ini, China juga akan menggalakkan pembentukan “Kerangka Kepelbagaian Biologi Global Pasca 2020”, dan memberi sumbangan lebih banyak kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama makhluk Bumi.

胡星