Mahu UBR, Tak Mahu Kapal Selam Nuklear

2021-10-14 15:47:18  CRI
Share with:

Mahu UBR, Tak Mahu Kapal Selam Nuklear_fororder_1362494032

Sepanjang minggu emas Hari Kebangsaan (1 hingga 7 Oktober), jumlah pelancong domestik di China mencatat 515 juta orang (kira-kira separuh daripada keseluruhan populasi). Beijing pula menjadi destinasi pelancongan paling hangat antara semua bandar.

Satria yakin, pembukaan Universal Beijing Resort (UBR) turut menyumbang kepada angka besar ini. Taman yang dirasmikan pada 20 September lalu ini merupakan Taman Universal kelima dan juga terbesar di dunia.

Dalam tempoh cuti selama 7 hari ini, setiap hari terdapat lebih 25 ribu pelancong melawat UBR, antaranya terdapat kira-kira 40% merupakan penduduk Beijing. Manakala, jumlah purata yang dibelanjakan setiap orang dalam UBR adalah sekitar RMB3,000 (RM2000).

Tatkala menghadapi pandemik, bukan sahaja hampir semua negara sukar untuk melancong, malah warga China juga susah melawat ke luar negara. Justeru, tak pelik apabila UBR yang baru dirasmikan mempunyai daya tarikan yang besar bagi mereka.

Satria diundang melawat UBR dalam tempoh percubaan operasi. Meskipun semua pelancong pada masa itu diundang oleh UBR untuk operasi percubaan, tapi sudah cukup ramai.

Peminat Harry Potter, mereka perlu berbaris selama 1 jam untuk memasuki “Sekolah Hogwarts”! Pelbagai cenderamata yang dijual dalam taman itu pula mendapat sambutan baik. Satria menyaksikan hampir setiap pelancong yang datang akan membeli tongkat sakti yang berharga lebih RMB400 (RM260), bahkan untuk memasuki kedai menjual tongkat sakti pun perlu berbaris setengah jam di luar.

Umum tahu bahawa UBR adalah milik syarikat AS, bahkan semua permainan dan perkhidmatan dalam UBR untuk mempromosikan kebudayaan AS. Tapi ia tidak ditolak oleh China.

Di China telah terdapat dua Taman Disneyland di Hong Kong dan Shanghai, di Singapura dan Jepun juga terdapat Taman Universal. Setiap tahun mereka menarik ramai pelancong di rantau ini dan juga membawa keuntungan besar kepada syarikat-syarikat AS. Pada masa yang sama, China, Jepun dan Singapura yang menjadi destinasi pelaburan mereka juga mendapat faedah besar.

AS perlu memahami bahawa berbanding kapal selam nuklear, syarikat seperti UBR dan Disneyland akan membawa lebih banyak kepentingan kepada AS di rantau ini.

China dan ASEAN telah menumpukan pertubuhan AUKUS yang berancang menyediakan kapal selam nuklear kepada Australia.

Menempatkan lebih banyak kapal selam nuklear di rantau ini hanya akan mengacaukan situasi serantau dan menjejaskan pelaburan pelbagai syarikat AS di sini.

Risikonya mungkin jauh lebih besar daripada impak ekonomi saja.

Mahu UBR, Tak Mahu Kapal Selam Nuklear_fororder_捕获.JPG

7 Oktober lalu, AS mengiktiraf terdapat sebuah kapal selam nuklear milik angkatan tentera laut negara itu terlanggar dengan sesuatu barangan di Laut China Selatan pada 2 Oktober dan melibatkan 11 orang anak kapal cedera.

Apa yang dilanggar di Luat China Selatan hingga mengekorkan cedera begitu besar? Adakah mengekorkan kebocoran nuklear atau barangan yang lain? Adakah ekologi di Luat China Selatan terjejas? Mengapa sudah lima hari setelah berlakunya kejadian itu baru ada maklumat didedahkan?

Semua ini masih tersembunyi lagi oleh pihak AS.

Ini baru kejadian yang didedahkan, belum masuk lagi kejadian yang belum didedahkan.

Kalau AS yang telah mahir menggunakan pelbagai jenis senjata maju juga berlaku kejadian macam ini, bagaimanapun bagi Australia yang sama sekali tiada pengalaman dalam bidang ini?

Adakah begitu banyak kapal selam diperlukan di Laut China Selatan yang menjadi laluan sibut kapal kargo dan juga koridor ekonomi penting bagi rantau ini. Ia menjadikan rantau Asia Timur lebih selamat atau lebih bahaya?

Selain itu, persekutuan AUKUS atau QAUD pula jelas mencabar mekanisme kerjasama sedia ada di rantau ini yang mengutamakan peranan ASEAN.

Dulu pelbagai hal di rantau ini diuruskan oleh kita yang semuanya merupakan negara jiran ASEAN melalui perbincangan. Tapi gaya AUKUS dan QUAD sudah jelas tiada perbincangan dengan ASEAN atau negara-negara serantau, dan yang hanya wujud adalah campur tangan mengikut kepentingan Barat.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan rakan dialog antara China dengan ASEAN. Menurut peribahasa China, orang yang berumur 30 tahun bermakna sudah cukup matang. Begitu juga hubungan antara China dengan ASEAN. Kita patut mengawal jalan kerjasama yang saling menguntungkan dan maju terus, bersama menghadapi pelbagai cabaran.

张弘