Seminar Antarabangsa Tumpukan Perangi Keganasan dan Ekstremisme

2021-10-15 13:06:42  CRI
Share with:

Seminar Antarabangsa Tumpukan Perangi Keganasan dan Ekstremisme_fororder_1506250857

Seminar Antarabangsa ke-4 mengenai "Antikeganasan, Deradikalisasi dan Perlindungan Hak Asasi Manusia" anjuran bersama Persatuan Penyelidikan Hak Asasi Manusia China dan pejabat penerangan kerajaan provinsi Guangdong  dirasmikan secara hibrid di Universiti Jinan pagi Rabu.  Mesyuarat secara fizikal diadakan di bandar Guangzhou, selatan China.

Seminar ini bertemakan "Kerjasama Antikeganasan Antarabangsa dan Perlindungan Hak dalam Era 'Post Truth'". Pakar dan sarjana dalam bidang anti-keganasan serta pengamal media dari 28 negara dan wilayah secara aktif  menyumbang cadangan dengan memfokuskan tema tersebut bagi  memberi kebijaksanaan dan kekuatan mereka dalam usaha memerangi dan mencegah keganasan dan ekstremisme di dunia.

覃淼