CIIE Ke-4 Bakal Buka Tirai

2021-11-04 16:12:22  CRI
Share with:

CIIE Ke-4 Bakal Buka Tirai_fororder_src=http-%2F%2Fsghimages.shobserver.com%2Fimg%2Fcatch%2F2021%2F10%2F07%2F13c4eafd-ae69-407c-919f-12f282acc8e8&refer=http-%2F%2Fsghimages.shobserver

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 bakal dirasmikan hari ini. Sudah empat tahun, CIIE kekal unggul sebagai satu-satunya ekspo di dunia yang khusus dianjurkan untuk mengimport barangan dari laur negara.

Satria pernah mengunjungi CIIE pertama pada 4 tahun yang lalu. Jika anda nak bayangkan betapa besar dan banyak barang-barang di situ, Satria ambil masa empat hari untuk melawat semua pavilion, itupun secara tengok-tengok sahaja sebab terlalu banyak produk yang buat kali pertama Satria saksikan.

Tahun ini, meskipun dengan gangguan pandemik dan protokol kuarantin yang ketat bagi para peserta dari luar Shanghai, tapi skala CIIE menjadi lebih besar!

Tahun ini, ia disertai kira-kira 3000 syarikat dari 127 negara dan kawasan, antaranya termasuk 15 buah negara yang merupakan peserta baharu. Manakala, 58 buah negara dan 3 pertubuhan antarabangsa turut membuka pavilion sendiri.

Isteri Satria pun turut sama bertugas sebagai penganjur pameran. Tapi, tatkala berdepan dengan risiko wabak yang tinggi pada musim sejuk, pameran mereka yang dulu dijadualkan diadakan selepas CIIE di pavilion yang sama telah ditunda kepada musim bunga tahun depan.

Bagaimanapun, kerajaan telah mengambil kawalan ketat untuk menjamin kesihatan para peserta CIIE kali ini. Satria yakin ini kerana CIIE mampu membantu menyediakan peluang kepada pelbagai syarikat di seluruh dunia untuk mengatasi kesukaran semasa.

Semua peserta dari seberang laut perlu datang ke Shanghai 3 minggu lebih awal untuk kuarantin. Semua peserta dan pengunjung perlu melengapkan pemvaksinam secara penuh dan memberikan keputusan pemeriksaan dalam 48 jam. Semua orang dituntut memakai pelitup muka dan mengawal perjarakan fizikal.

Presiden Xi, buat kali keempatnya akan menyampaikan ucaptama dalam perasmian CIIE hari ini. Dalam ucapan beliau setiap tahun, keterbukaan dan kerjasama selalu merupakan tema utama. Ini pula janji China ketika menganggotai WTO pada 30 tahun yang lalu.

Menghadapi pandemik dan krisis rantaian bekalan, keterbukaan dan kerjasama menjadi sangat penting untuk saling menyokong mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh syarikat-syariakt dalam pandemik dan memulihkan sosioekonomi di pelbagai negara membangun yang ekonominya tergantung kepada rantaian bekalan antarabangsa.

China mempunyai rantaian bekalan yang lengkap dan mampu mengekesport banyak barangan diperlukan kepada dunia dalam pandemik. Tapi fungsi CIIE untuk membantu pelbagai syarikat dari luar negara membentuk rantaian bekalan yang menyasarkan pasaran China.

Tentulah ini bukan kebajikan kerajaan China, sebab ia juga akan membawa faedah kepada China, iaitu memenuhi keperluan para pengguna di China untuk menikmatik kehidupan yang lebih berkualiti

Bukan hanya kerajaan, pelbagai pertubuhan bahkan perseorangan di China juga aktif menyertai CIIE untuk mempromosi lebih banyak produk yang menarik dari seberang laut kepada para pengguna di China.

Kumpulan Media China (CMG) telah bekerjasama dengan penjual lintas langsung terbaik Li Jiaqi akan menganjurkan pesta membeli-belah Asia Afrika sempena CIIE. Kopi dari Malaysia, biskut dari Indonesia, air kelapa dari Vietnam, produk kecantikan dari Jepun dan Korea Selatan turut akan dipromosi kepada para pengguna China pada malam 6 November nanti.

Untuk rekod, rekod jualan Li Jiaqi pada satu malam telah mencatat RM7 bilion baru-baru ini!

Satria menanti-nantikan berapa jumlah kopi Malaysia akan terjual dengan promosi penjual terbaik dan kumpulan media terbesar di China.

张弘