Hasil Reformasi UNGA Harus Dikongsi Semua

2021-11-16 15:55:39  CRI
Share with:

Hasil Reformasi UNGA Harus Dikongsi Semua_fororder_4a9759737596f11b907329101656f5e

Tatkala berdepan perubahan situasi antarabangsa dan penularan pandemik COVID-19 dewasa ini, dunia memerlukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang lebih kuat.

Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun turut menekankan perlunya menambah baik tadbir urus global, melaksanakan multilateralisme sebenar, dan menggandakan usaha untuk menggalakkan pendemokrasian hubungan antarabangsa.

Dalam satu sesi perbahasan Perhimpunan Agung PBB(UNGA) ke-76 pada Isnin, beliau berkata reformasi UNGA harus berteraskan keuntungan bersama dan memastikan hasilnya dikongsi semua negara.

China bersedia bersama-sama semua pihak terlibat aktif menyertai rundingan antara kerajaan mengenai reformasi UNGA, sekali gus mendorong reformasi itu bergerak sejajar kepentingan bersama semua anggota serta hala tuju pembangunan jangka panjang PBB.

梁靓