Hubungan China, Israel Terus Kukuh

2021-11-18 10:31:51  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mahu melihat perkongsian komprehensif inovatif antara China dengan Israel kekal sihat dan mantap sehingga membawa manfaat kepada rakyat dua negara.

Ujar beliau ketika berlangsungnya perbualan bersama rakan sejawatnya dari Israel, Isaac Herzog menerusi panggilan pada Rabu.

Xi berkata, dengan adanya kelebihan saling melengkapi dalam bidang ekonomi, kolaborasi saling untung boleh dijayakan kedua-dua pihak.

Selain mengeratkan lagi perasaan muhibah dalam kalangan rakyat, China dan Israel harus memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang, antaranya sains dan teknologi, pertanian, perubatan dan kesihatan, pendidikan, pelancongan dan lain-lain.

Dalam pada itu, Herzog mengulangi pihaknya kekal dengan dasar satu China dan komited untuk mengukuhkan lagi persahabatan kedua-dua negara.

Beliau turut meluahkan kesediaannya untuk bersama-sama China menjayakan siri aktiviti menyambut ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik dua negara pada tahun hadapan.

Ketika menyebut tentang situasi Asia Barat, Xi berjanji, China akan terus menyumbang kepada kestabilan, keselamatan, kemakmuran dan pembangunan rantau itu.

董筱娉