Sepanjang 434 kilometer, landasan keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Ganzhou, wilayah Jiangxi dengan Shenzhen, wilayah Guangdong memulakan operasi bermula 10 Disember, pada had kelajuan 350 kilometer sejam.
Dalam tempoh lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Perancis baru-baru ini, kedua-dua pihak telah menyiarkan Perisytiharan Bersama China-Perancis berhubung Situasi Asia Barat yang memaparkan pendirian dan suara yang sama mengenai konflik Palestin-Israel, isu nuklear Iran dan krisis Lautan Merah.
Pemimpin China dan Perancis telah bertukar cenderahati, iaitu obor untuk kegunaan Sukan Olimpik yang pernah dianjurkan di negara masing-masing, mengeluarkan 4 kenyataan bersama, menandatangani hampir 20 dokumen kerjasama bilateral dalam bidang pembangunan hijau, penerbangan, agromakanan, perniagaan dan sosiobudaya.
Seramai 295 juta orang memilih keluar melancong di negara China pada tempoh cuti 1 Mei, meningkat 7.6 peratus tahun ke tahun. Manakala, sektor pelancongan inbound memperoleh pendapatan sebanyak RMB166.89 bilion (RM109.63 bilion) dalam tempoh tersebut, naik 12.7 peratus tahun ke tahun.