Tentang CRI
Siaran Bahasa Melayu
 
Login | Daftar
 
Cari:
Laman Utama | BeritaPelanconganKebudayaan Islam Belajar Mandarin Kenali BeijingChina ABC
 
Untuk membantu rakyat Malaysia dan Indonesia lebih mengetahui budaya Islam di China dan kehidupan Muslim di negara ini, China Radio International (CRI) menganjurkan aktiviti Kembara Muslim di China 2013, yang disertai 8 anggota media dari Malaysia dan Indonesia, antaranya Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV Al-Hijrah, Utusan, Berita Harian, Detik.com, dan Harian Nusantara. Dari 20 hingga 29 Oktober ini, mereka akan mengunjungi bandar-bandar Guilin, Zhengzhou dan Beijing.

• Taman Kanak-kanak Islam di Zhengzhou

• Yangshuo dan Liu Sanjie
More>>
Jadual Lawatan
20 Oktober: Rombongan tiba di Guilin, Guangxi.
21-23 Oktober: Rombongan melawat Guilin.
24 Oktober: Rombongan pergi ke Zhengzhou, Henan.
25-26 Oktober: Rombongan melawat Zhengzhou.
27 Oktober: Rombongan pergi ke Beijing.
28 Oktober: Rombongan melawat bandar raya Beijing.
29 Oktober: Rombongan mengakhiri lawatan di China.
Catatan Perjalanan
• Menjejak Pahlawan Kungfu Shaolin (oleh Fairuz dari Berita Harian)
Hari kedua di bandar Zhengzhou, sesuatu yang mengujakan menanti rombongan Kembara Muslim China 2013 pada pagi ini di mana kami dibawa untuk bertemu tempat kelahiran seni kungfu terkenal China. Perjalanan dari pusat bandar Zhengzhou ke Kuil Shaolin Songshan Scenic Zone mengambil masa lebih sejam perjalanan membuatkan kebanyakan daripada kami tidur keletihan.
• Restoran Islam dan Keindahan Sungai Bunga Pic (oleh Nora dari TV Al-Hijrah)
kami dibawa ke restoran muslim tempatan iaitu Restoran Sedap Abdul yang menyedia makanan etnik Ugyur dari Xinjiang. Sepanjang kami di Guilin inilah makanan yang paling lazat kami nikmati. Kebanyakan masakan yang dimasak dengan rempah amat membuka selera. Rata-rata pelanggan restoran ini terdiri dari pelancong muslim dan pelajar dari universiti berhampiran.
• Lukisan Alam Sungai Lijiang & Makan di atas Kapal (oleh Fairuz dari Berita Harian)
Awal pagi lagi rombongan Kembara Muslim China CRI 2013 sudah mula meninggalkan pusat bandar Guilin untuk menuju ke kota pelancongan tersohor, Yangshuo yang mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan dengan bas. Begitupun, rombongan kami memilih untuk menaiki sebuah kapal persiar yang mana akan menyusuri Sungai Lijiang dengan keseluruhan perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam.
• Forum Pelancongan UNWTO (oleh Raja Hasmariani dari RTM)
Malamnya pula sekali lagi kami dibawa belayar menaiki kapal pesiar untuk menikmati keindahan malam di 4 tasik yang ada di guilin. Banyak yang dapat kami melihat sepanjang lebih 1 jam pelayaran ini. Antara yang paling mengujakan saya apabila melihat dua menara pagoda yang tersergam indah di tengah-tengah tasik zhang. Satu yang berwarna emas dipanggil matahari dan satu lagi bulan.
More>>
Wartawan dari Malaysia

Fairuz

Nurulanuar

Mohd Azizul

Nora

Iqbal

Hasmariani
Wartawan CRI
• Wenwen (Awan)
Tamat dari jurusan bahasa Melayu Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU), dan mula berkhidmat di Radio Antarabangsa China (CRI) pada tahun 1998. Beliau pernah bekerja sebagai koresponden CRI di Singapura pada tahun 2004 hingga 2006.
• Melur, Juruhebah Rancangan Sayap, Suara Sutera dan Salam
Melur bersama-sama Farah mengendalikan rancangan-rancangan Sayap (setiap hari Isnin), Suara Sutera (setiap hari Rabu) dan Salam (setiap hari Jumaat).
Foto

• Sekolah Rendah Islam di Zhengzhou

• Taman Kanak-kanak Islam di Zhengzhou

• Bersolat di Masjid Beida, Zhengzhou

•  Lawatan ke Stesen Radio Rakyat Zhengzhou

• Yangshuo, Tempat Istimewa dan Menarik

• Pemandangan Sungai Li, Guilin yang Indah Sekali

• Bersolat di Masjid Jalan Chongshan, Guilin

• Restoran Islam di Guilin
More>>
Tempat Yang Mempesona
Masjid
• Masjid Chongshan di Guilin,Guangxi
Masjid Chongshan yang terletak di jalan Chongshan,district Xiangshan bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi mula dibina pada tahun 1797 Masihi semasa pemerintahan Maharaja Yongzheng pada zaman dinasti Qing. Walaupun pada masa itu masjid tersebut tidak berapa besar, tetapi kemudahan-kemudahan yang diperlukan seperti dewan solat, bilik penginapan imam,dewan ceramah, bilik wuduk dan sebagainya telah disediakan.
More>>
Link
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China