Cari:
• Menjejak Pahlawan Kungfu Shaolin (oleh Fairuz dari Berita Harian) 2013-10-27
Hari kedua di bandar Zhengzhou, sesuatu yang mengujakan menanti rombongan Kembara Muslim China 2013 pada pagi ini di mana kami dibawa untuk bertemu tempat kelahiran seni kungfu terkenal China. Perjalanan dari pusat bandar Zhengzhou ke Kuil Shaolin Songshan Scenic Zone mengambil masa lebih sejam perjalanan membuatkan kebanyakan daripada kami tidur keletihan.
• Restoran Islam dan Keindahan Sungai Bunga Pic (oleh Nora dari TV Al-Hijrah) 2013-10-24
kami dibawa ke restoran muslim tempatan iaitu Restoran Sedap Abdul yang menyedia makanan etnik Ugyur dari Xinjiang. Sepanjang kami di Guilin inilah makanan yang paling lazat kami nikmati. Kebanyakan masakan yang dimasak dengan rempah amat membuka selera. Rata-rata pelanggan restoran ini terdiri dari pelancong muslim dan pelajar dari universiti berhampiran.
• Lukisan Alam Sungai Lijiang & Makan di atas Kapal (oleh Fairuz dari Berita Harian) 2013-10-24
Awal pagi lagi rombongan Kembara Muslim China CRI 2013 sudah mula meninggalkan pusat bandar Guilin untuk menuju ke kota pelancongan tersohor, Yangshuo yang mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan dengan bas. Begitupun, rombongan kami memilih untuk menaiki sebuah kapal persiar yang mana akan menyusuri Sungai Lijiang dengan keseluruhan perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam.
• Forum Pelancongan UNWTO (oleh Raja Hasmariani dari RTM) 2013-10-23
Malamnya pula sekali lagi kami dibawa belayar menaiki kapal pesiar untuk menikmati keindahan malam di 4 tasik yang ada di guilin. Banyak yang dapat kami melihat sepanjang lebih 1 jam pelayaran ini. Antara yang paling mengujakan saya apabila melihat dua menara pagoda yang tersergam indah di tengah-tengah tasik zhang. Satu yang berwarna emas dipanggil matahari dan satu lagi bulan.
• Guilin Bandar Cahaya (oleh Fairuz dari Berita Harian) 2013-10-23
Sesuai dengan objektif kunjungan iaitu Kembara Muslim ke China, kami turut berkesempatan melawat ke perkampungan Muslim di Jalan Ma Ping. Difahamkan yang penduduk Islam di situ mula mendiami kawasan berkenaan sejak zaman Dinasti Sung. Meskipun masyarakat Islam di situ adalah etnik minoriti, ia bukanlah suatu halangan buat mereka untuk saling hidup aman dan damai.
• Keajaiban Guilin (oleh Fairuz dari Berita Harian) 2013-10-23
Cuaca sejuk kira-kira 20 darjah celsius di bandar Guilin, China ibarat mengucapkan selamat datang atau 'huanying' dalam bahasa Mandarin. Dingin cuaca pagi, menambah keterujaan rasa hati penulis yang kali pertama ke Guilin, sekali gus ingin segera meneroka keindahan lokasi tumpuan pelancongan serta kebudayaan masyarakat di selatan negara Tembok Besar China ini.
• Bebaskan Imaginasi di Gulin (Oleh Nurulanuar dari Utusan) 2013-10-23
Tanpa imaginasi, lawatan anda ke Guilin yang terletak di wilayah Guangxi, China - inilah nasihat umum yang akan didengari daripada hampir semua pemandu pelancong di kota yang dikatakan mempunyai lanskap antara yang tercantik di dunia.
• Bebaskan Imaginasi di Gulin II (oleh Nurulanuar Mansor dari Utusan Malaysia) 2013-10-23
GUILIN. Daerah di bawah wilayah Guangxi, China ini bukan sahaja amat kaya dengan warisan alam semulajadi yang amat indah tetapi juga legasi budaya dan bangsa yang amat menarik.
• Guilin yang Menawan (oleh Hasmariani dari RTM) 2013-10-22
Wowww....begitu teruja melihat keindahan panorama di lokasi pertama yang kami kunjungi di Guilin iaitu Bukit Belalai Gajah. Ia dinamakan demikian kerana ia menyerupai seekor gajah sedang minum air di sungai taohua dan sungai lijiang bertemu. Tiga puluh minit masa yg diberikan kepada kami menikmati permandangan memakau dan merakam aktiviti di sekitar kawasan ini memang tidak mencukupi.
• Teruja di Guilin (oleh Nora dari TV Al-Hijrah) 2013-10-22
Kali pertama menjejakkan kaki ke Guilin, saya amat teruja dengan keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar bandar ini. Pemandangan serba hijau dan kawasannya bersih, membuatkan pengunjung merasa tenang. Sungai Li yang mengalir di tengah-tengah bandar Guilin memisahkan antara barat dan timur bandar ini dan sekelilingi dengan bukit-bukau, ibarat tidak puas mata memandang.
• Aktiviti "Kembara Muslim di China 2013"  Dirasmikan 2013-10-21
Aktiviti "Kembara Muslim di China 2013" anjuran Radio Antarabangsa China (CRI) dirasmikan pada 20 Oktober. Wartawan daripada enam buah media dari Malaysia dan Indonesia tiba di Guilin, bandar pelancongan yang terkenal di Guangxi, China semalam.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China