Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) dirasmikan di bandar Nanning, Guangxi pada 16 September lalu. Ekspo kali ini bertemakan "Membina Bersama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21". Singapura selaku negara tema amat mementingkan ekspo kali ini dan menyatakan akan memainkan peranan penting dalam pembinaan laluan sutera maritim tersebut. |
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 yang bertemakan "membina bersama Laluan Sutera Maritim Abad ke-21" dirasmikan di bandar Nanning, Guangxi, China semalam. Ucaptama oleh Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli dalam majlis perasmian tersebut telah mendapat alu-aluan pemimpin negara-negara ASEAN. |
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 akan dirasmikan di Nanning, Guangxi besok. Naib Pengarah Institusi Asia dan Afrika, Akademi Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi Antarabangsa, Kementerian Perdagangan China, Yuan Bo semasasa diwawancara oleh wartawan CRI berkata, ekspo kali ini amat bermakna kerana ia akan memberi asas bagi ekspo-ekspo seterusnya. |
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tiba di Guangzhou semalam dan memulakan lawatan kelima beliau ke China sejak menjawat Perdana Menteri. Beliau akan mengunjungi kawasan pembangunan dan perusahaan teknologi tinggi di Guangzhou dan Shenzhen, serta menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) di Nanning, Guangxi. |
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 dijadualkan berlangsung di Nanning, Guangxi pada 16 hingga 19 September ini. Pembangunan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 menjadi tema ekspo kali ini. Kalangan politik, perniagaan dan akademik Singapura berpendapat pembinaan Laluan Sutera Maritim tersebut dijalankan tepat pada masanya. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |